Wednesday, December 24, 2008


Saturday, December 20, 2008

Tutup aurat tu... tutup jambul jer ker , ya BANG....Begini SAYANG:

Sebuah Seloka: Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,T
udung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,J
angan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Thursday, December 18, 2008

19 December 2008

Dewan gamat bila MB sindir perasuah

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR STAR: Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razakmenyindir mereka yang terlibat rasuah agar mengingati azab pembalasan Allahakibat perbuatan itu ketika menerangkan polisi dan ketegasan Kerajaan NegeriKedah terhadap perlakuan rasuah pada program Himpunan Pelajar Dan MahasiswaKedah di Dewan Seri Mentaloon, 11 Disember lalu.
"Banyak usaha-usaha nak rasuah saya dan rakan-rakan saya. Tapi saya takmakan rasuah, takat la ni la. Takat RM10,000, RM100,000 tak makan lagi la.Tak taula kot RM1 juta mana nak tentu. Nak masuk neraka biar berbaloi, betultak? Ni masuk neraka kadang RM50 apa cerita?" ujarnya sinis menyebabkandewan gamat dengan gelak ketawa.
Katanya, Kerajaan Negeri Kedah, sama ada sedikit atau banyak, memerangirasuah antara dasar yang ditegaskan. Kerana rasuah juga ujarnya, rakyat yangmenderita hinggakan mereka benci kepada ahli politik.Menurut beliau lagi, banyak 'komisyen' disyaratkan kepada pihak-pihaktertentu berurusan untuk di Kedah sebelum ini berbeza dengan kerajaan kiniyang tidak mengamalkan 'urusan di bawah meja'.

18 December 2008

Beza 10sen dengan 48sen...

Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja - Guan Eng
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).
Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.
"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.
"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.
Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.
"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.
Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.
"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.
Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini

Wednesday, December 17, 2008

17 December 2008

MINYAK DAH TURUN : Tambang Bas & Feri Langkawi...?

Salam Sejahtera,Kali ini, ringkas saja aku nak coretkan...dulu masa harga minyak dinaikkan oleh 'mat ngantuk'...ramai pengusaha bas ekspres mohon kenaikkan tambang bas...belum sempat di luluskan, sudah ada yg menaikkan tambangnya...Sekarang rakyat sudah dijamu dgn penurunan harga minyak buat kali ke-7, kita masih lupa pada tambang bas ekpres? Tak ambek peduli..??? Kerana anda punyai kenderaan sendiri? Bagaimana golongan pertengahan dan bawahan menghadapi situasi masalah ekonomi global ini jika kita tak endahkan harga yang juga sepatutnya perlu d umumkan turun...???Jangan lupa tiket feri ke langkawi juga telah di naikkan hingga RM23 dari Kuala Kedah - Langkawi...seingat aku dulu dari RM15 naik ke RM18 dan seterusnya sekarang dah RM23.Nak tunggu sampai harga RM50 baru nak sedaq mahai..??? Siapa cakap feri rugi jika harga RM15, travel ejen dan ulat tiket boleh menerima upah hingga 10% diskaun atau 1 free tiket utk jumlah group 10 org...kalau rugi, takkan dia boleh bagi mcm tu? tak kira la hampa nk ckp ni bisnes...setahu aku, skrg feri langkawi full sentiasa di setiap trip perjalanan pergi dan balik.Bagi feri ke langkawi, aku beri cadangan agar tiket hanya di buat sehala dgn harga munasabah...contohnya, jika perjalanan dari Kuala Kedah -Langkawi, harga tambang Rm35..mereka pula perlu tunjukkan semula tiket yg di beli dari Kuala Kedah ketika menaiki dari Langkawi...manakala yg membeli tiket di Langkawi perlu berbuat demikian di Kuala Kedah...Siapa cakap tak boleh? Pelancong yang masuk Langkawi takkan tak keluar2..??? Manakala penduduk Langkawi yg keluar urusan di tanah besar, takkan tak balik ke Langkawi (kecuali mati di tanah besar)... Buatkan syarat tiket sah utk sebulan ke, 2 bulan ke atau 3 bulan ke dari tarikh dibeli...Di Penang contoh terbaik, naik feri atau jambatan hanya bayar sekali saja...balik confirm free...apa? Langkawi banyak laluan? Kuala Perlis, Pulau Pinang, Kuala Kedah & Thailand?Jangan la jadi BONGOK...selaraskan la, mana2 individu yg masuk dari kuala perlis nak keluar ikot pulau pinang di kecualikan tiket return...dia ambil la one way ticket..tp jgn harga Rm23 dari kuala kedah, cukup setakat Rm18 one way...bagi laluan masuk dari Pulau Pinang, Kuala Perlis & Thailand ke Langkawi...runding harga dulu, sebelum 2x kenaikan dgn pengusaha feri..Hampa exco kerajaan negeri kedah pikiaq la, takkan tu pun aku nak bagi cadangan, kalau semua aku habaq...baik aku jadi exco, hampa pi masuk hutan cari tgk kawasan balak dan kuari...tak pun pi danok jumpa 'penghulu'-abg LID utk runding2 lagi macam mana nak tukar kerajaan negeri...maklumlah percubaan yang lepas dah gagal..!!!Mengenai tiket feri ni, tipu sangat la kalau pengusaha cakap rugi...mereka semua'taikun' besar dari Klang, Sarawak dan Sabah dlm perkhidmatan feri...kecuali 'seraya bayu @ seri bayu' (kalau tak silap) taukey bumiputera dari Pulau Pinang...lupa namanya, maklumlah lama dh tak ke Langkawi...dulu tahu la pasal aku kerja lebih dari 4 tahun di sana, info ini pun aku terima dari teman aku yg selalu komplen mahal harga tiket walaupun minyak dah turun banyak kali...Berbalik pada tambang one way..ada ka org parking kereta kat kuala perlis masuk langkawi, tapi bila nak keluar, ikot kuala kedah n naik bas dari 'sahab perdana' alor setar ke kuala perlis, ambil semula kereta? hehehe, mungkin dia sewel kot...so, ada akal dan otak, lu orang pikir lah sendiri..!!!

Tuesday, December 16, 2008

AKHLAK ISLAMIYAH
Seseorang yang memiliki budi pekerti mulia disukai oleh semua orang. Sebaliknya, orang yang buruk akhlaknya dibenci. Demikianlah sifat fitrah semua manusia tanpa mengira latar belakang agama. Oleh itu, Islam memerintahkan penganutnya supaya mengikis sifat yang tercela dan mengisinya dengan segala sifat terpuji. Sifat terpuji melambangkan kesempurnaan Islam seseorang. Di antara sifat terpuji ialah berbuat baik dan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dalam melakukan kebaikan, Islam tidak mengamalkan dasar diskriminasi. Lantaran itu perintah berbuat baik tidak hanya ditujukan kepada sesama Muslim, bahkan bukan Islam. Ringkasnya, perintah melakukan kebaikan dan berbuat kebajikan merentasi batas akidah seseorang. Jika kita ingin mengambil contoh orang yang memiliki akhlak mulia, maka baginda adalah contoh terbaik. Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan yang baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21). Ketinggian akhlak baginda disifatkan sebagai akhlak al-Quran. Bahkan, baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Baginda juga menzahirkannya melalui amalan. Dengan sifat sabar yang dimiliki baginda, menyebabkan seorang wanita Yahudi yang sering mengotori baginda saban hari memeluk Islam. Baginda juga menziarahi seorang Yahudi yang dalam keadaan sakit sehingga akhirnya Yahudi itu memeluk Islam. Seorang Muslim juga diperintahkan untuk berbuat baik kepada keluarganya yang bukan Muslim. Pertalian kekeluargaan yang sedia ada harus dipertahankan kerana keIslaman seseorang bukanlah alasan untuk memutuskan segala pertalian dengan keluarga asal. Sebaliknya kita diperintahkan untuk terus menjalin hubungan yang baik. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubir katanya: "Qutailah binti Abdul Uzza yang masih musyrik datang mengunjungi anaknya, Asma' binti Abu Bakar dengan membawa beberapa hadiah. Asma' enggan menerimanya bahkan tidak membenarkannya ibunya masuk. Asma' meminta Aisyah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu. Lalu Rasulullah menyuruh Asma` supaya menerima hadiah itu dan menyuruh ibunya masuk ke dalam rumah."(Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal). Berdasarkan hadis itu, nyatalah bahawa Islam menyuruh untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa yang bukan Islam, selagi ia tidak bertentangan dengan norma Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau dengan fikiran sihat engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal yang salih) kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan." (Surah Lukman, ayat 15) Daripada penjelasan itu, dapatlah diambil kesimpulan bahawa menjalin hubungan yang baik dengan sesama manusia tanpa mengira agama seseorang adalah anjuran Islam. Sifat itu juga mencerminkan wajah sebenar ajaran Islam iaitu ajaran yang berlandaskan kasih sayang dan toleransi. Sumber: Berita Harian, Sabtu (4 Januari 2003) Allahu Ta'ala a'lam...


Teks untuk tes

Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all